yonghwee93
3 tahun
Batuk tanpa kahak hampir 1bulan
saya.lelaki umur 26,bekerja tukang masak,masalah sy ialah nk hampir 1bln batuk x.henti henti,baru baru ni selsema pula mari,bila batuk dada saya sakit ,saya dah jumpe 2doktor,1 klinik,1 pakar…masih x.sembuh lg…harap doktor blh membantu saya…terima kasih…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Gejala batuk berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Keradangan saluran udara - akibat asap rokok, masakan atau pencemaran udara
- Jangkitan kuman dalam saluran udara - kebiasaannya virus akan menyebabkan batuk berpanjangan berserta selesema
- “post nasal drip” - hingus yang mengalir ke dalam saluran udara dan menyebabkan refleks batuk
- JAngkitan paru-paru seperti tibi
- Penyakit asma
- Penyakit asid refluks (gastrik) - juga boleh menyebabkan batuk kerana asid yang masuk ke dalam saluran udara
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.