
Sulit
3 tahun
Batuk tanpa kahak.Kawan tempat kerja saya ada positive covid. Saya pula batuk² tapi tak teruk. Tekak rasa mcm panas2 dan gatal. Tapi batuk sy macam batuk yg kering tiada kahak. Kepala ada sedikit rasa sakit. Cumanya,sy tak demam. Adakah nie batuk biasa?
Kawan tempat kerja saya ada positive covid. Saya pula batuk² tapi tak teruk. Tekak rasa mcm panas2 dan gatal. Tapi batuk sy macam batuk yg kering tiada kahak. Kepala ada sedikit rasa sakit. Cumanya,sy tak demam. Adakah nie batuk biasa?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami batuk dan merasa panas dan gatal pada tekak. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Terdedah kepada udara kotor seperti jerebu dan asap rokok
- Alahan pada saluran pernafasan
- Inflamasi & iritasi tekak
Namun, gejala ini juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- Jangkitan coronavirus
- Radang paru-paru
- Jangkitan Tuberkulosis
Gejala COVID-19 yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza.
Memandangkan terdapat kes positif COVID-19 di tempat kerja anda, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut bagi mengenai hal ini atau menjalani ujian saringan sendiri untuk kepastian.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk membuat ujian saringan COVID-19 di rumah, secara pandu lalu atau di klinik.