
Sulit
3 tahun
Batuk tanpa kahak,sesak dada
Sy berusia 27 thun,pada tahun lepas sy memgalami batuk tnpa kahak teruk dan sesak dada .mslah berlarutan hingga ke harini,kerap sesak dada tanpa mengira wktu . Sy da rujuk hospital byk kli tp xde penyelesaian.sy ada alahan pd kulit dan seafood .sy xde asma atau mslh jntung .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Tuberkulosis
- Bronkiektasis
- Serangan asma
- Radang tulang rusuk (costochondritis)
- Refluks asid
Masih mengalami masalah sakit dada? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan masalah yang dialami oleh anda berdasarkan soalan sahaja. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.