
Sulit
5 tahun
Batuk (tekak rasa gatal) dan kadang2 pedih sekitar dada
Saya mengalamai gejala tekak kering sejak 18 mac dan mengamalkan minum air suam dan makan antibiotik. Sekarang ada batuk sejak 30 mac 2020 (mild). Rasa gatal. Kadang2 saya ada rasa pedih sekitar dada (berubah-ubah lokasi)

5 tahun
Salam sejahtera
Masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COVID-19:
- Jangkitan bakteria atau virus
- radang tonsil
- dehidrasi
- cuaca panas
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Oleh kerana itu gejala nya yang agak sama seperti penyakit lain, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya
Dirumah, anda disarankan:
- berkumur dengan air garam bagi menghilangkan keradangan’
- minum air dengan mencukupi
- ambil ubat batuk. jika batuk berkahak, gunakan expectorant atau mucolytic, jika batuk kering gunakan antitussive ubat batuk.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini