
Sulit
4 tahun
Batuk, tekak terasa gatal dan tekak terasa panas ketika hembus nafas
Hi doktor, saya berusia 21thn. 16/3 saya demam dan batuk dan selpas 2 minggu saya menerima rawatan ubat batuk dan demam. Demam sudah pulih tetapi batuk saja tidak pulih. Sya telah menerima rawatan lagi dan diberi ubat antibiotik tetapi keadaan masih lagi sama. Batuk tidak kerap selang beberapa jam dan setiap hari hingga ke harini. Kahak berwarna putih dan kekadang hanya lendir dan kekadang hanya batuk kering

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, batuk anda akan berlarutan setelah demam anda pulih kerana tubuh anda masih mengambil masa untuk mengeluarkan kuman dari saluran pernafasan anda. Hal ini terbukti dengan kahak anda yang cuma berwarna putih atau kadang-kadang anda cuma batuk kering. Oleh itu, andan boleh teruskan mengambil ubat batuk untuk membantu gejala anda ini. Anda digalakkan untuk minum air suam atau air lemon halia. Elakkan merokok sekiranya anda seorang perokok.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.