
Sulit
2 tahun
Batuk terkencing, rasa penat, batuk ketika sejuk
Saya wanita 26tahun sedang mengalami batuk yg teruk sehingga terkencing. Kadang-kadang saya batuk tiada kahak. Kahak saya berwarna putih. Saya sering rasa penat sejak kebelakangan ini. Kadang-kadang saya terkencing sehingga basah seluar. Pada bulan lepas saya didiagnos dgn influenza B. Saya batuk sejak awal bulan lepas sehingga sekarang.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan jangkitan influenza - virus influenza mempunyai pelbagai jenis
- Radang saluran udara - akibat jerebu, jangkitan virus/kuman
- Jangkitan paru-paru - seperti pneumonia atau tibi
- Luka pada tekak - akibat batuk berpanjangan sebelumnya
Manakala masalah kencing tidak dapat dikawal pula boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Masalah saraf yang mengawal pundi kencing
- “Stress incontinence” - kencing yang tidak dapat dikawal ketika terdapat tekanan pada bawah perut
- Masalah cakera tulang belakang - yang juga mengawal pundi kencing
Untuk mengatasi masalah-masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.