
nzniagaenyerprise
6 tahun
Batuk terlalu lama tak baik baik
Bagaimanakah cara utk sy ubati batuk terlalu lama makan masa berbulan, batuk bercampur dgn kahak yg tersekat sy dh pg klinik dn bermcm2 ubat sudah di beri tp masih batuk sehingga kini
Kadang2 sy terpaksa nuntah utk keluar kahak yang tersekat

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan beserta kahak boleh disebabkan:
- Penyakit tibi
- Kesan merokok
- Asma beserta jangkitan saluran udara
- Alahan - pada debu atau asap
- Penyakit COPD - saluran pernafasan sempit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.