
Sulit
3 tahun
Batuk teruk pada setiap malam lebih dari seminggu
isteri saya berumur 38 tahun…dalam seminggu lebih ni tiap-tiap malam batuk menjadi teruk dan hampir sukar bernafas…siang batuk biasa saja.bila malam saja akan menjadi lebih teruk…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda mengalami gejala batuk pada setiap malam lebih dari seminggu yang dialami isteri anda. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Secara amnya, gejala batuk boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Terdedah kepada udara kotor seperti jerebu dan asap rokok
- Alahan pada saluran pernafasan
- Radang & iritasi tekak
- Kesan sampingan ubat seperti budesonide
Namun begitu, masalah yang isteri anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Jangkitan Tuberkulosis
- Jangkitan Pertusis atau batuk kokol (sangat jarang)
- Radang paru-paru
- Bronkiektasis
- Jangkitan virus/bakteria
- Serangan asma
Isteri anda disarankan untuk segera berjumpa doktor dalam waktu yang terdekat agar pemeriksaan lebih lanjut dapat dilakukan. Selain itu, anda juga boleh menghubungi doktor kami di atas talian untuk maklumat lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.