
Sulit
4 tahun
Batuk tidak berhenti dan adakah petanda sakit tertentu
Saya perempuan 22 tahun. Saya kerap batuk dlm setahun 2 kali. Sekali kena 2 bulan baru elok. Kalini saya kene time pkp 2, 1 April sampai sekarang x elok2. Sejak makan fisherman n strepsils sejak minggu lepas, semakin kurang batuk. Dy jadi on off. pagi elok petang n malam batuk. Batuk saya xde rasa gatal tekak ke kahak ke. Cuma asyik nak batuk sebab rasa mcm ade lendir kat tekak.tapi xde pulak boleh keluarkan kahak ke.dy kt dalam je tu rasa x selesa. Adakah batuk ini berbahaya pd kesihatan saya? terima kasih doktor

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap batuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah batuk ini kepada doktor supaya masalah ini tidak menggangu aktiviti harian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.