Sulit
4 tahun
Batuk tidak berkahak
Greetings. Tadi saya pergi ke klinik dan doktor telah menyatakan saya menghidap allergic rhinitis atau radang hidung. Persoalan saya, bolehlah saya terkena allergic rhinitis tersebut walaupun saya langsung tidak selesema dan tidak mempunyai runny nose"io
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penyakit allergic rhinitis atau resdung pada kebiasaannya akan menunjukkan gejala selesema berpanjangan, batuk ataupun sakit kepala. Selain resdung, terdapat punca lain kepada batuk tidak berkahak seperti:
- Luka pada tekak - akibat asid refluks, jangkitan kuman atau kecederaan akibat minuman panas
- Radang saluran udara - akibat asap atau jangkitan virus
- Penyakit asma
- Jangkitan dalam paru-paru
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.