
Sulit
2 tahun
Batuk tidak kerap tetapi berpanjangan
Salam/Hi, saya wanita berusia 26 tahun. Saya mengalami batuk berpanjangan sejak 3 bulan lepas. Batuk saya tidak kerap tetapi berpanjangan. Kadang-kadang 2 hari saya tidak batuk langsung, tetapi tiba-tiba boleh batuk dalam masa yg singkat (bangun tidur/waktu malam/waktu pagi/selepas makan). Batuk saya berkahak tapi kahak berwarna putih sahaja. Setelah saya muntahkan kahak, batuk saya akan reda. Saya telah melakukan x-ray dan doktor mengatakan paru-paru saya clear. Mohon penjelasan daripada doktor, thank you:)

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- COPD masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih