
kakchuadik
5 tahun
Batuk yang berpanjangan
Saya wanita berumur 20 tahun. Pada awal tahun ini, ayah saya dimasukkan ke hospital akibat msalah jantung. Selepas balik daripada hospital. Saya mengalami demam panas dan batuk yang berpanjang selama 2-3 bulan. Batuk yg saya alami agak kritikal namun saya tidak berjumpa doktor kerana kekangan masa. Selepas kejadian itu saya kerap demam panas untuk jangka masa yang singkat ( 1-3 hari ). Saya juga kerap batuk dan mengalami kesakitan pada bahagian dada belah kiri, sesak nafas dan juga berdebar-debar. Adakah hal ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan paru-paru oleh TB
- Bronchitis peradangan bronkus
- Asthma
- Pharyngitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.