
Sulit
4 tahun
Batuk yang menyebabkan sakit belakang
Salam . Dktr , saya mengalami batuk yang tidak serius. Tapi apabila saya batuk bahagian perut dengan belakang saya terasa sakit .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit bahagian perut dan belakang ketika tengah batuk.
Untuk makluman anda, masalah anda ini mungkin adalah perkara yang tidak serius dan perlu dibimbangkan.
Terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi untuk anda bagi menjelaskan gejala yang anda alami:
- Ketika batuk, otot pada belakang mahupun bahagian atas perut (diafragma) akan digunakan dan ini boleh menyebabkan kekejangan otot tersebut sekiranya batuk tersebut berlarutan.
- Ketegangan pada sendi otot belakang
- Cakera hernia pada tulang belakang (Herniated disc)
- Jangkitan kuman pada paru-paru (Pneumonia)
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mengalami simptom-simptom lain seperti kekebasan, kelumpuhan, sakit kepala, sesak nafas dan juga demam panas.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.