
Sulit
3 tahun
Batuk2 berbulan tak berhenti
Saya nak tanya doktor… saya start batuk2 ni awal bulan 3 , lepas itu saya makan ubat batuk kat farmasi , tapi still sama batuk ni tak berhenti,gatal tekak, paru2 saya susah nak nafas. Saya pergi klinik doktor kata saya kemungkinan suspected tibi, lepas tu lebih dari 2 minggu saya datang lagi klinik untuk ambik darah ,x-ray Dan hantar kahak dekat klinik selama 3 hari,lepas tu doktor kata saya tak ada tanda-tanda apa2 pun kat diri saya . Tu saya nak tahu doktor macam mana saya nak buat rawatan ya.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah batuk berterusan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit TB
- COPD
Untuk melegakan batuk anda , beberapa langkah boleh diambil:
- Mengambil minuman panas tanpa gula seperti air lemon dan madu
- Kurangkan makanan pedas dan berminyak
- Jauhi rokok atau orang lain yang merokok
- Minum air putih dengan kerap
- Dapatkan rehat yang secukupnya
Sekiranya batuk anda masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.