
Sulit
4 tahun
Batuk2 dan badan gatal-gatal
Saya lelaki berusia 24 tahun.saya sudah batuk2 lebih dari semingu dan kadang-kadang gatal gatal badan akan datang secara tiba tiba

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah batuk yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
- Kanser merebak ke paru paru
Untuk mengetahui punca sebenar masalah tersebut, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Mengenai gejala gatal-gatal pada badan, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda bagi mengenalpasti samada ia berhubungan dengan masalah batuk atau penyakit kulit serta masalah kesihatan yang lain. Pemeriksaan fizikal juga mungkin diperlukan untuk mengevaluasi keadaan kulit anda.
Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik/ hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!