
Sulit
5 tahun
Bau busuk dari miss v selepas nifas
hi doktor…sy baru bersalin dua bulan lepas. masalah sekarang ialah miss v berbau busuk.keputihan normal tp sy masih berbau busuk seperti di akhir nifas…tiada simptom gatal.hanya bau kurang menyenangkan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- jangkitan kuman
- jangkitan kelamin
- jangkitan kulat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.