
Sulit
4 tahun
Bawah bibir dan atas bibir jadi merah kehitaman
Saya wanita berusia 17 dan mendapati kesan ini wujud sejak semalam yang lalu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Bibir terlalu kering
- Jangkitan virus Herpes
- Jangkitan Bakteria
- Jangkitan Kulit
- Stephen Johnson syndrome (Jarang-jarang berlaku tetapi amat berbahaya)
- Akibat reaksi terhadap ubatan, keradangan, rokok dan sebagainya
- Penyakit Addison’s masalah terkait ketidakseimbangan hormon di kelenjar adrenal
- Sejenis kanser terkait melanin
Sekiranya anda memiliki gejala seperti demam, nanah dimulut dan sebagainya, sila dapatkan rawatan lanjut. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.