
Sulit
4 tahun
Bayi 1 tahun 6 bulan bengkak payudara
Bayi saya mengalami bengkak pada payudara. Setakat ni bila disentuh dia tidak sakit atau mengalami demam… cuma makin hari makin nmpak benjolantersebut pada kedua dua belah payudara bayi saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah bayi anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak boleh menyimpulkan sebarang diagnosis tanpa pemeriksaan fizikal di klinik. Oleh itu saya sangat menasihatkan anda untuk membawa bayi anda ke klinik berdekatan bagi mengetahui hal sebenar.
Jangan bertangguh sekiranya bayi anda mengalami gejala berikut:
- Bengkak yang berminggu-minggu
- Kemerahan
- Keluar darah atau susu daripada payudara
- Demam
- Sakit
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.