
Sulit
3 tahun
Bayi 11bulan kurang kencing
Bayi saya berusia 11bulan sejak 2/3hari nii saya perasaan yang bayi kurang membuang air kecil dr jam 5ptg sampai jam 10mlm pempers bayi masih tk penuh…saya ingin tahu adakah bayi saya mengalami masalah atau itu perkara normal pada bayi.bayi bf sepenuhnyA,makan dan minum seperti biasa.tiada demam atau masalah lain.saya mohon pendapat Dr.perulkah saya risau dengan keadaan ini.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang bayi anda yang mengalami gejala kurang kencing. Jangan risau kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara amnya, gejala bayi kurang kencing boleh berlaku jika bayi mengalami dehidrasi. Dehidrasi kebiasaannya berlaku apabila bayi kurang meminum susu, mengalami jangkitan pada usus atau akibat faktor cuaca panas.
Namun gejala ini boleh menandakan perkara yang lebih serius seperti:
- Jangkitan pada saluran kencing
- Masalah pada saluran atau pundi kencing
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.