
Sulit
5 tahun
Bayi 4 bulan kurang menyusu malam
Bayi saya berusia 4 bulan+ sangat jarang bangun pada waktu malam untuk menyusu. Jadi saya terpaksa kejut bayi saya untuk menyusu. Hal ini kerana saya pernah menunggu bayi saya bangun sendiri untuk menyusu, namun bayi saya hanya bangun setelah 6-7 jam, dan ini sangat merisaukan saya kerana takut bayi saya kekurangan susu. Apakah cara terbaik untuk bayi saya? Adakah dengan mengejut bayi saya setiap 3-4 jam akan mengganggu kesihatan bayi saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan ada mengenai masalah ini. Untuk pengetahuan anda, bayi 4 bulan lazimnya akan minum 4-6 kali atau sekali setiap 3-4 jam. Dan kebiasaanya, bayi akan merengek dan menangis sekiranya dia lapar.
Berbalik kepada soalan anda, sekiranya bayi anda menyusu sekiranya dibangunkan pada waktu malam, anda mungkin perlu terus melakukan hal ini kerana ini menandakan bahawa dia lapar.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.