
Sulit
5 tahun
Bayi 5 bulan makan bubur
Salam doktor,nak tanye…x mengapa ke klau sy bg anak makan bubur kosong n mnyak evoo seawal 5 bulan?Sbb ank sy ade mslh berat bdan…stiap timbang berat nye naik sikit sahaje…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, sistem pencernaan bayi matang sepenuhnya selepas berusia 6 bulan keatas untuk menerima makanan pejal. Berkenaan dengan masalah berat badan, kami tidak boleh untuk mengulas lanjut berkenaan dengan isu tersebut kerana tidak mengikut perkembangan bayi anda. Oleh itu, anda perlu untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar permakanan dan juga pediatrik untuk mengetahui status anak anda.
Untuk pengetahuan anda, tumbesaran bayi adalah berbeza dari segi berat dan tinggi. Dari lahir hingga usia 6 bulan, bayi mungkin membesar 1/2 hingga 1 inci (kira-kira 1.5 hingga 2.5 sentimeter) sebulan dan kira-kira 140 hingga 200 gram seminggu. Berat bayi anda mungkin akan digandakan dengan berat badan kelahirannya dalam lingkungan lima bulan.
Masalah berat badan tidak naik boleh disebabkan banyak perkara dan tidak semestinya disebabkan masalah nutrisi. Oleh itu, menambah jumlah kalorie dalam makanan seperti bubur tidak membantu jika punca sebenar masalah ini tidak dikenalpasti. Antara punca bagi masalah ini ialah:
- Hormon tiroid yang tinggi dalam badan
- Masalah metabolisma
- Jangkitan
- Sakit kronik
- Kurang mendapatkan nutrisi seimbang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.