
Sulit
4 tahun
Bayi 5 bulan sembelit
Anak saya bru 5 bulan,sejak kebelakangan ini,bayi saya menagalami sembelit. Anak saya fully susu formula.adakah disebabkan susu yang diberi mula tidak serasi dengan bayi saya?saya menggunakan susu yg diberi dari bayi lahir seperti yg disyorkan hospital sebab anak saya lahir berat kurang 2kg.patutkah saya tukar susu?boleh dr suggestkan susu yang sesuai ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana bertanyakan soalan dan menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap keadaan anak anda yang mengalami sembelit.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca mengapa anak anda mengalami masalah sedemikian:
- Jangkitan pada saluran pemakanan atau usus terutamanya
- Intussussception
- Alahan terhadap susu lembu
- Ubat-ubatan
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anak anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk menggunakan susu yang disyorkan buat masa ini di sambil itu berjumpa dengan doktor untuk menerangkan masalah yang sedang dihadapi dan berbincang dengan doktor anda mengenai susu yang sesuai.
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anak anda mengalami gejala berikut:
- Darah di dalam najis
- Perut kembung dan kerap menangis
- Tahi yang kering dan keras
- Demam
- Kurang menyusu
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi secara peribadi di atas talian. Terima kasih.