sitinazatul92
5 tahun
Bayi 6 bulan batuk selsema
Hai doc. Saya ade bayi berumur 6 bulan lebih. Saya beri bayi saya minum dupro soy selama 4 hari ni kerana die tak suka susu lembu. Selepas menyusu die tidur dan secara tibe2 die menangis. Batuk sehingga muntah. Dan selsema yang sangat teruk sehingga sukar untuk tidur. Pertanyaan saya, adakah anak saya alah pada susu soya? Apa tanda2 nye doc?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, menangis, muntah dan selsema merupakan simptom yang amat lazim dialami oleh kanak-kanak. Puncanya adalah perlbagai, oleh itu kami tidak boleh mengulas lanjut kerana permeriksaan fizikal, mendapatkan maklumat lanjut berkenaan simptom serta sejarah sakit perlu untuk diperolehi untuk mengetahui punca sakit.
Bagi masalah selsema pula, boleh diakibatkan:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Allergic Rhinitis
- Kesejukan yang terlalu tinggi
- Alahan kepada persekitaran seperti debu
- Jangkitan pada paru-paru
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































