
Sulit
3 tahun
Bayi 8 bulan tertelan kaca telephone
anak saya baru usia 8 bulan , saya tertinggalkn telephone yang pecah berdekatan dengan iya , apa yang perlu saya buat ? adakah serpihan kaca halus dan kecik tersebut akan keluar melalui najis ? sekarang anak saya tak mempunyai masalah sesak nafas atau sebagainya …apa patut saya buat ? sebab serpihan kaca tersebut halus dan kecil seakaan serbuk .boleh tolong terangkan?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, jika serpihan kaca terperangkap dalam esofagus, ia boleh menyebabkan:
- Air liur meleleh
- Ketidakupayaan untuk menelan atau menelan yang menyakitkan
- muntah-muntah
- Sakit dada atau sakit leher
Objek juga boleh terperangkap di dalam usus atau boleh mengoyakkan dinding usus. Akibatnya boleh muntah, sakit perut, bunyi usus yang tidak normal dan najis gelap yang mengandungi darah.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.