
Sulit
4 tahun
Bayi Berpeluh di Kepala Semasa Tidur
Doktor, baby sy baru 3 bulan dan kadang2 berpeluh
di kepala waktu tidur… Kadang2 waktu menyusu botol/badan
pun berpeluh. Adakah ini normal doktor?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah bayi berpeluh di kepala semasa tidur dan ketika menyusu boleh disebabkan oleh beberapa faktor yang serius seperti:
- Masalah jantung kongenital
- Masalah paru-paru
Masalah lain yang boleh berlaku ialah:
- Cuaca dan keadaan sekeliling yang panas
- Hiperhidrosis (kuat berpeluh)
- Jangkitan bakteria atau virus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar kana-kanak untuk mengelakkan komplikasi yang lebih buruk. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.