
afairuz86
5 tahun
Bayi berumur 6 bulan sudah 3 hari tidak berak
Anak saya berumur 6 bulan 14 hari sudah 3 hari tidak berak. Perutnya lembut, menyusu ibu seperti biasa, pergerakan aktif, kentut berbau dan tidak muntah. Adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Boleh menjadi normal jika anak anda kebiasaannya kurang membuang air besar
- Normal jika anak anda baru sahaja makan makanan solid
- sembelit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.