Sulit
4 tahun
Bayi berusia 5 bulan najis berlendir seperti kahak
saya ingin bertanya sama ada keadaan anak saya baik ataupun sebaliknya . sekarang anak saya selesama , stiap kali membuang mesti kluar lendir seperti kahak . apabila membuang anak saya meneran sehingga muka merah seolah olah sembelit tetapi anak saya membuang najis berwarna coklat kekuningan bercampur lendir. keadaan anak saya tidak demam cuma selesam.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, najis berlendir pada bayi 5 bulan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keadaan normal
- akibat jangkitan virus
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Perhatikan juga tanda-tanda sembelit seperti:
- menangis
- hilang selera makan (minum susu)
- muntah
- kembung
- harus meneran
- kotoran cair atau keras
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.