
jalilah9290
5 tahun
Bayi jerking pada permulaan tidur
Bayi saya baru berusia 40 hari. Setiap kali apabila dia mula tidur, kaki dan tangannya akan menggigil atau jerking untuk selama beberapa saat sebelum dia lena. Oleh itu saya akan memegang kaki dan tangan yang sedang jerking untuk mengelakkan dia terbangun. Adakah ini sesuatu yang merisaukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, keadaan bayi “jerking” beberapa saat pada permulaan tidur adalah normal dan merupakan salah satu tanda perkembangan otak bayi yang sedang berjalan. Namun jika keadaan jerking tersebut adalah dalam jangka masa yang panjang, sila rujuk bayi anda kepada doktor dengan segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.