
Sulit
5 tahun
Bayi kencing kotor (Terdapat sedikit kesan darah yang cair)
Bayi saya berusia 4 bulan. Semasa hendak memandikannya, di diapersnya kelihatan sedikit darah yang cair bersama air kencing… Adakah ini dinamakan kencing kotor? Apa yang patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Air Kencing Berdarah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria”. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.