
noathirah
4 tahun
Bayi menyusu badan dan formula tidak buang air besar lebih 3 hari
Salam, saya mempunyai bayi berusia 50 hari. Kebanyakkannya dia akan menyusu badan, cuma dalam sehari mungkin ada sekali menggunakan susu formula. Penyusuan pukul 6 petang selalunya menggunakan formula, lainnya susu badan. Adakah normal sekiranya bayi saya tidak membuang air besar selama 3 hari? Sebelum ini najisnya kekuningan seperti biasa, dia kentut dan perut tidak keras. Cuma kerap muntah susu walau sudah disendawakan. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham dengan kebimbangan anda mengenai masalah anak anda tidak membuang air selama 3 hari. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penyusuan tidak mencukupi
- penukaran jenis susu formula
- sembelit
- masalah pada usus seperti usus berbelit
- masalah pada perut
Oleh kerana bayi anda tidak membuang air besar terlalu lama, saya menyarankan anda membawanya berjumpa dengan doktor jika dia tidak aktif, menangis dengan kuat, kurang menyusu, tidak kentut sama sekali dengan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.