
Sulit
5 tahun
Bayi muntah/terjeluak
bayi saya kerap muntah sikit2 / terjeluak bukan sahaja selepas menyusu, kadang x menyusu pun tiba2 keluar meleleh je susu/air cair dari mulut dia.kenap ye dr. tp dia ok berat bertambah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, situasi ini kebiasaannya tidak merbahaya dan kerap berlaku di kalangan bayi dimana mereka akan mengeluarkan kembali susu yang mereka minum. Hal ini berkemungkinan kerana terlalu banyak susu diberikan serta otot esofagus mereka masih belum matang sepenuhnya. Maka anda tidak perlu terlalu risau sekiranya anak anda membesar dengan baik dan masih aktif.
Akan tetapi, sekiranya anak anda menunjukkan gejala seperti di bawah, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor:
Projectile vomiting (muntah yang memancut keluar dari mulut)
Dehidrasi (mata cengkung, bibir kering serta menangis tak berair mata)
Muntah dengan kerap
Merengek yang sukar dipujuk (mungkin bayi sakit perut atau tidak selesa)
Muntah mengandungi darah atau berwarna hijau
Demam
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.