Sulit
3 tahun
Bayi sy selsema, cirit birit baru 2 kali semalam dan harini. Normal ke?
Anak saya baru berusia 9 bulan. Dia selsema, dan semalam waktu pagi dia berak mcm biasa tapi tengah hari dia tiba2 cirit birit. Harini pun dia cirit birit waktu pagi. Total dia cirit birit baru 2 kali. Dia aktif. Susu minum mcm biasa, makan pun mcm biasa. Cuma najis dia berlendir dan cair. Adakah saya patut tunggu beberapa hari atau terus bawa ke klinik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah anda.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Berak cair dalam kalangan bayi kadang-kadang adalah perkara biasa. Namun sebagai ibu-bapa, anda harus perhatikan gejala cirit-birit yang lain. Ini termasuk muntah-muntah, demam, dan kadang-kadang darah atau lendir dalam najis bayi anda
Cirit-birit boleh disebabkan oleh:
- alergi
- minuman susu formula yang tidak sesuai
- selsema
- antibiotik
- keracunan makanan
- kekurangan enzim(walaupun jarang berlaku)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anak anda serta pemeriksaan perlu dijalankan. Anda dinasihatkan untuk membawa anak ke hospital atau klinik untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini lebih lebih lagi anak anda telah berak berdarah. Sila ke klinik atau hospital dengan segera.
Keterangan ini ialah jawapan am bagi gejala yang bayi anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.