
Sulit
3 tahun
Bayi terjatuh dari buaian
Salam dok…semasa bayi saya berumur satu bulan dia terjatuh dari buaian,dia menangis kuat bila sy peluk dan susukan dia tertidur x ada benjolan d kepala…sekarang dia berumur 3 bulan aktif dan ceria adakah sy masi perlu bwa baby utk ct scan.sy terlalu risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kesan jatuh buaian terhadap anak anda.
Untuk pengetahun anda, trauma sewaktu bayi boleh memberi kemudaratan jika tidak dirawat. Namun terdapat keadaan yang tidak membawa kepada kesan yang serius.
Memandangkan keadaan anak anda kini normal, aktif dan ceria, ia tidak menunjukkan sebarang kesakitan, maka ia adalah perkara yang tidak perlu drisaukan. Walaubagaimanapun, jika anda masih ragu-ragu, disarankan melakukan pemeriksaan menyeluruh agar semua keresahan anda hilang.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.