
shazeerae
5 tahun
Bayi umur 5 bulan menolak minum susu fm
Hi, saya nak tanya berkenaan dengan bayi saya yang tolak untuk minum susu fm. Bayi saya berumur 5 bulan. Pada peringkat umur 2-4 bulan bayi saya akan minum habis 5oz tapi masuk hujung 5 bulan dia sudah mula menolak minum susu sampai tutup rapat mulut. Bayi saya minum susu S26 dan tak pernah tukar sehingga sekarang. Perkara sudah terjadi hampi seminggu dan saya sangat risau berat badan bayi saya turun atau ada masalah lain. Terima kasih doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- bayi sedang mengalami masalah kesihatan fizikal
- bayi tidak selesa kerana gigi ingin menumbuh
- bayi lebih gemar minum susu badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.