
Anonymous
5 tahun
Bayi umur 5 bulan tiba tiba kurang minum susu formula
Anak saya sblm ni kerap.minum susu dgn lancar sampai 6 oz … tetiba dlm.masuk 5 bulan anak saya kurang minum susu dan seringkali tolak susu. Says terpaksa bagi susu bila anak tengah tidur. Adaklanya sampai 6 jam tidak mahu minum. Saya bg susu fm.s26 sma gold selama ni lanacr dia minum tetiba masuk 5 bulan kurang minat minum. Sebab apa doctor? Sayan sgt risau

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat beberapa kemungkinan mengapa anak anda tidak lagi mahu menerima susu formula tersebut:
- Ketidak-cernaan susu - bayi anda mungkin tidak dapat cerna susu tersebut lalu menyebabkan kembung perut
- Alahan - sistem imun anak anda mungkin baru sahaja hendak matang lalu menjadi alah kepada susu tersebut
- Tidak sihat - seperti mendapat jangkitan
- Masalah pada perut/usus anak anda
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan dan pemeriksaan anak anda adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Hal ini kerana anak kecil lebih sensitif pada kekurangan nutrien serta air. Anda perlu berjumpa dengan doktor anda bagi mengenalpasti punca kepada permasalahan ini. Terima kasih