
Sulit
3 tahun
Beberapa hari lepas saya demam dan sakit tekak untuk menelan
hi doktor, saya berumur 17 tahun. dari empat hari lepas, saya demam. sejak dari tu, tekak saya sakit untuk telan walaupun air liur. waktu hari pertama, takdelah ketara tapi makin lama makin perit. bagaimana ya doktor?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.