Sulit
5 tahun
Bedah pembedahan membuang tempurung kepala
Asalamualaikum doktor, saya adalah pesakit yang telah membuang tempurung kepala kerana saya telah kemalangan di jalan hingga pendarahan dalam kepala. Saya dah pasang semula tempurung kepala kemudian kepala saya menjadi kemek. Saya bertanya dengan doktor kenapa kemek dan doktor kata mereka telah membuang otot kepala. Soalan saya adakah akan akan kemek selamanya atau otot tu akan tumbuh semula?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak kemek tersebut mungkin tidak akan hilang dan akan sentiasa ada. Namun begitu, sekiranya masalah tersebut sangat menganggu anda, digalakkan untuk anda berbincang dengan doktor yang merawat anda bagi mengatasi masalah ini. Terdapat rawatan seperti pembedahan bagi membaiki masalah ini yang mungkin boleh doktor anda tawarkan:
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































