Anonymous
4 tahun
Beeak berdarah. (Perempuan)
Assalamualaikum doktor. Saya seorang perempuan berumur 21 tahun, bujang dan masih belajar sekarang tengah praktikal. Saya nak tanya, dari awal tingkatan 5 saya selalu keluar darah masa buang air besar. Tapi tak kerap. Dia jadi masa saya makan pedas je, so saya fikir kalau stop makan pedas takkan jadi dah and masatu darah tu keluar laju terpancut2 dan cair. So bila saya berak berdarah lagi, saya just stop makan pedas sekejap and then dah ok. So saya ingat saya okay je la. Baru2ni dlm 2, 3 hari ni, saya selalu sakit2 perut and bila berak keluar darah mcm ketul2 macam darah haid. Saya risau sbb darah tu ketul2 and menyesal sbb ambil sambalewa je selama ni. Saya nak tanya doktor, apa kemungkinan penyakit yg ada pada saya? Adakah kanser? Kritikal ke? Kalau saya pergi ke hospital apa tindakan yg doktor akan ambil?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gejala najis berdarah yang anda alami:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.