
Anonymous
5 tahun
Before pregnant tp period
Bulan sebelumnya sy check upt positif, tp selepas 2 minggu sy period darah keluar mcm gel, dh hr ni masuk 5 hri, tp skrg keluar warna coklat2 dh, adakah sy masih hamil atau sy kna check balik upt, utk pastikan sy masih hamil, mohon jasa baik doc

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Walaupun pendarahan dari faraj tidak selalunya menandakan bahawa kehamilan tersebut mempunyai masalah, ia masih boleh menjadi tanda bahaya. Oleh itu, semua wanita hamil yang mempunyai pendarahan dari faraj patut mengunjungi doktor untuk diperiksa.
Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan implan
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan molar
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Kunjungilah doktor anda untuk diperiksa bagi memastikan keselamatan anda dan kandungan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.