
Sulit
4 tahun
Beguk atau bengkak kelenjar
Anak saya berumur 3 tahun. Sejak tahun lepas dia dah 3 kali kena beguk. Ada doktor kata beguk ada doktor kata bengkak kelenjar.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, antara gejala beguk (mumps) adalah seperti:
- Bengkak pada satu atau dua sisi wajah
- Sakit dan kemerahan di bahagian rahang
- Kekeringan mulut
- Demam
- Selesema
- Hilang selera makan
Bagi mengenal pasti punca masalah atau membezakan antara penyakit beguk atau bengkak kelenjar, maklumat lanjut serta pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan. Justeru, rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anak anda.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih