elincute18
3 tahun
Beguk pada orang dewasa
Saya elin berusia 31 tahun…now saya rasa sakit pada bawah dagu saya…saya rasa pening,air pun saya kurang minum dan hilang selera makan…adakah itu tanda2 beguk?? Beguk orang dewasa boleh kena ke??
6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Beguk adalah jangkitan viral yang sangat mudah berjangkit dan biasanya menjangkiti kanak-kanak.
Mereka yang dijangkiti virus beguk biasanya tidak akan menunjukkan apa-apa tanda atau simptom. Apabila tanda dan simptom ini mula kelihatan, ia biasanya tidak serius dan berlaku 2 hingga 3 minggu selepas pendedahan kepada virus. Ini termasuklah:
• Demam
• Sakit kepala
• Lemah dan letih
• Hilang selera makan
• Sakit ketika mengunyah atau menelan
• Bengkak kelenjar air liur
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih






























