
Sulit
5 tahun
Bekas jahitan terkoyak
hi Doctor, saya bersalin anak kedua sy pada 2 tahun lps. baru2 ni saya bersama dengan suami sy Dan didapati bekas jahitan saya koyak. Selepas 3 hari bekas luka tersebut tidak lagi berdarah, tetapi dinding antara dua faraj menjadi lebih besar. Adakah saya patut berjumpa Doctor utk rapatkan atau jahit kembali bekas jahitan tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, seandainya khuatir dengan keadaan ini, anda adalah digalakkan untuk memeriksa ke doktor memandangkan keputusan perawatan atau jahit semula akan dinilai bergantung ukuran bekas jahitan yang terkoyak.
Memandangkan gejala ini dikhuatiri dapat menganggu kondisi dinding tepi faraj anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.