
Sulit
5 tahun
Bekas luka operation orthpedik
bekas luka ada lubang kecik bila picit macam jerawat ,tapi lama2 di macam membengkak ,setelah bengkak ,bengkak nya pecah keluar macam cecair dengan darah ,adakah bahaya doktor ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya kawasan luka tersebut mula berwarna merah, bengkak membesar, sakit serta gatal maka anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik bagi pemeriksaan lanjut akan kemungkinan jangkitan kuman. Anda juga dinasihatkan untuk memastikan kawasan luka bersih dan kering dan tidak memicit sebarang bengkak atau benjolan yang ada. Sekian