
Sulit
5 tahun
Bekas perokok dan simptom
Hello, normal kah saya mengalami lightheadness dan blood pressure saya 103/69 utk ex-smoker and vaper. Saya sudah stop sudah 1 bulan harini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hello. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda telah berhenti merokok. Semoga usaha anda berkekalan.
Untuk pengetahuan anda, bacaan normal tekanan darah adalah kurang dari 120 sistolik dan 80 diastolik. Manakala bacaan untuk tekanan darah rendah adalah kurang daripada 90 sistolik dan/atau 60 diastolik. Menurut bacaan ini, tekanan darah anda dalam linkungan normal.
Untuk masalah lightheaded, terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah ini. Antranya:
Dehidrasi
Tahap gula dalam badan rendah (hypoglycemia)
Pengambilan arak, dadah atau merokok
Hiperventilasi (bernafas terlalu laju atau terlalu dalam)
Stress atau kebimbangan yang melampau
Ubat-ubatan
pendarahan dalam organ dalaman
Shock
Stroke
Berikut merupakan jawapan am bagi masalah anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!