
Sulit
3 tahun
Bekas pesakit covid-19 tahap 4
boleh kah bekas pesakit covid-19 tahap 4 mengambil vaksin terus lepas sembuh atau perlu tunggu lepas 3 bulan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai pengambilan vaksin Covid 19. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam persidangan 8 Julai 2021 telah memutuskan bahawa bekas pesakit COVID-19, iaitu individu yang telah pulih daripada jangkitan virus SARSCoV-2 tidak perlu menunggu selama tiga (3) bulan untuk menerima suntikan vaksin.
Keputusan ini dibuat berdasarkan pendapat pakar yang dibentangkan di persidangan tersebut yang menyatakan walaupun bukti terkini menunjukkan jangkitan semula jadi virus itu menghasilkan perlindungan yang baik terhadap jangkitan semula selama sekurang-kurangnya tiga bulan, namun kemunculan varian baharu virus ini menyebabkan ada keperluan bagi pemberian vaksin yang lebih awal daripada tempoh
ditetapkan sebelum ini.
Sehubungan itu, bekas pesakit COVID-19 yang telah disahkan bebas daripada virus COVID-19 kini dibenarkan untuk divaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menurut janji temu yang telah diberikan. Namun begitu, bagi pesakit COVID-19 yang mendapat antibodi monoklonal anti-SARS-CoV-2 (anti-SARS CoV-2 monoclonal antibodies) atau convalescent plasma sebagai sebahagian daripada rawatan COVID-19 hanya dibenarkan mendapat suntikan vaksin sekurang-kurangnya 90 hari selepas tarikh pulih dari jangkitan virus tersebut.
Namun begitu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini