
Sulit
4 tahun
Bekas pesakit Covid 19
Hi Doctor,adik saya bekas pesakit covid 19. Soalan saya adalah : adakah adik saya boleh dijangkiti semula covid 19 ini? Dan jika beliau berjumpa dengan pesakit covid 19, adakah beliau boleh menyebarkan covid 19 kepada orang lain?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, imuniti individu yang pernah dijangkiti COVID-19 akan berkekalan sehingga 8 bulan ataupun lebih. Namun begitu, kes untuk dijangkiti semula boleh terjadi namun perkara ini adalah jarang berlaku. Penyebaran virus COVID-19 tidak hanya berlaku melalui batuk dan bersin sahaja. Virus juga boleh berada di permukaan benda seperti meja, tombol pintu dan pelbagai lagi. Oleh itu, walaupun adik anda adalah bekas pesakit COVID-19, dia masih perlu menjaga jarak, memakai topeng muka dan menjaga kebersihan diri. Berjumpa dengan pesakit COVID-19 boleh menyebabkan penyebaran COVID-19 kepada orang lain.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mengalami gejala di atas, anda haruslah segera berjumpa dengan doktor atau mendapat ujian saringan di hospital/klinik berdekatan untuk kepastian. Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini