
Sulit
3 tahun
Bekas pesakit Covid19 merancang mengandung
Saya bekas pesakid covid yang berumur 27 tahun. Sebelum discharge doktor maklum virus tu masih ada didalam badan tapi dah tak aktif dan tak boleh berjangkit pada orang lain. Dan simptom yang sy alami sehingga kini ialah nafas pendek yang mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya.
Jadi bagaimana kalau dlm tempoh tu ada planning untuk mengandung, adakah ada side effect kepada baby dan saya sendiri?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai kesan virus COVID-19 terhadap diri anda dan kehamilan di saat anda ingin merancang kehamilan. Anda tidak perlu risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Kajian mendapati virus COVID-19 pada masa ini tidak akan mengganggu perkembangan janin anda dan juga tiada bukti bahawa virus ini boleh menyebabkan keguguran.
Disebabkan anda merupakan bekas pesakit COVID-19 dan masih mempunyai gejala sesak nafas dan ingin merancang kehamilan, kami sarankan anda untuk menghubungi doktor kami dan mendapatkan pandangannya di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih baik.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.