
Sulit
3 tahun
Bekas pesakit TB paru-paru
Saya merupakan bekas pesakit TB paru-paru. Tamat ambil ubat pada February 2020. Masih mengalami symptom seperti mudah letih, sukar bernafas dan sakit dada.
Adakah saya tergolong dalam golongan berisiko tinggi untuk jangkitan Covid 19?
Adakah saya boleh mengambil mana-mana vaksin seperti Pfizer, AZ dan sebagainya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Melalui keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda. Berdasarkan informasi terkini, semua jenis vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan pada mereka yang mengalami kondisi tersebut kecuali pada mereka yang mempunyai alahan atau kontraindikasi yang lain.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar mengenai keadaan anda. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau JKJAV. Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
info@vaksincovid.gov.my
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .