Sulit

5 tahun

Belum berkahwin dan mempunyai masalah kitaran haid

Salam sejahtera doktor, saya berumur 23 tahun dan masih belum berkahwin,saya mula datang haid pada usia 12 tahun. saya mengalami masalah kitaran haid yang agak teruk sejak umur saya 19 tahun (est oct 2016), ketika itu, saya seorang student, saya pernah mengalami lewat datang bulan dan sengugut yang agak teruk, saya pernah rujuk di klinik kesihatan, ujian air kencing dan ujian darah dibuat. Keputusannya baik dan doktor kata saya tak ada masalah apa2 cuma mungkin saya terlalu stress dan tidak cukup rehat. Tiada sebarang ubat diberi. Dan masalah tersebut berlanjutan sehingga awal 2017, saya datang haid setiap bulan dan kitaran agak normal, cuma jumlah hari menjadi pendek, darah keluar hanya dalam 3 @ 4 hari, jika saya kerap membuat aktiviti melompat, darah akan keluar sehingga 5@7 hari . bila saya terlalu penat dan agak stress ketika belajar, saya akan mengalami masalah kitaran haid, pernah satu ketika, darah haid saya tidak datang hampir 4 bulan. Saya pernah merujuk di klinik swasta, saya di beri pil utk di makan dalam masa seminggu, tetapi darah haid saya masih tidak keluar. Selepas itu, bermula umur 21 dan 22 masalah kitaran haid semakin tidak normal, adakala 5 @ 6 bulan saya tidak datang haid. Sehingga kini usia saya 23 tahun. Kali terakhir saya datang haid pada 21 JAN dan tamat pada 25 JAN . Ini kerana saya mencuba membeli ubat untuk mengeluarkan darah haid di farmasi . pada usia saya 21 tahun juga saya pernah mencuba makan ubat tersebut dan selepas 3 hari makan ubat tersebut, darah haid saya keluar akan tetapi selepas makan ubat itu saya sedar, berat badan saya naik mendadak. setiap kali saya datang haid . saya akan mengalami sengugut yang agak teruk . sehingga kini setiap bulan, saya akan rasa sengugut dan sakit di pingang seperti ingin datang bulan . tetapi darah haid tidak keluar . dan saya perasan, akibat masalah ini, perut saya agak buncit . apakah yang perlu saya lakukan ? Dan adakah saya mempunyai sintom penyakit ? Apakah step untuk saya dapatkan rawatan pakar sakit puan di hospital kerajaan ? Bantu saya . terima kasih .

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid tidak teratur yang telah berlarutan sekian lama dan semakin teruk walaupun telah mendapatkan ubat untuk mengeluarkan haid. Untuk makluman anda, masalah kitaran haid yang tidak teratur merupakan perkara yang biasa dialami oleh 50% segelintir wanita yang tidak mempunyai penyakit yang serius.

Namun dari segi situasi anda, apa yang anda alami boleh menjadi perkara serius dan ia boleh disebabkan oleh beberapa penyakit:

  • Ketidakseimbangan hormon
  • Gangguan stress
  • Melakukan aktiviti atau senaman yang berlebihan
  • Penyakit diabetes
  • Ovarian kurang berfungsi (Premature ovarian insufficiency)
  • Masalah tiroid
  • Masalah pituitari - menyebabkan pengurangan hormon yang mengawal haid
  • Penyekatan serviks (Cervical stenosis)
  • Penyakit fibroid atau polip
  • Penyakit keradangan pelvis (Pelvic inflammatory disease) atau jangkitan kuman pada rahim.

Dapatkan kitaran haid yang sihat dan tanpa gangguan.

Penggunaan ubat yang diambil untuk merawat masalah ini adalah mungkin pil perancang atau ubatan yang mengandungi hormon estrogen, progestin, ataupun kedua-duanya bagi memulakan kitaran haid yang baru. Penaikan berat badan merupakan salah satu kesan sampingan yang bagi ubat tersebut dan ia boleh menyebabkan simptom lain seperti muntah, loya, sakit kepala, dan juga sakit payu dara.

Kami sarankan anda berjumpa dengan pakar sakit puan anda yang berdekatan kerana perkara ini boleh menjadi serius jika tidak diambil perhatian. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

irregular-periods

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)