
Sulit
4 tahun
Belum datang bulan boleh ke mengandung
Saya wanita 3orang anak… anak ke3 sudah pun berumur 1tahun 4bulan… selama itu saya x perna priod… skarang perasaan saya sudah x sama seperti biasa… saya pemalas tetapi asyik lapar… saya perasan saya dah x macam seperti biasa… badan saya pun macam x bermaya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami pastikan sama ada anda hamil ataupun tidak memandangkan anda menyatakan kitaran haid anda tidak teratur iaitu lewat. Anda boleh menggunakan kit ujian kehamilan sebagai saringan awal untuk melihat sama ada keputusannya positif atau negatif. Sekiranya positif, sila berjumpa dengan doktor untuk membuat pengesahan kehamilan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Terdapat beberapa tanda kehamilan iaitu:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.